Friday, August 7, 2009

Holiday.....

  • Selepas submit semua assignment dekat bilik Ms. Mastura pada hari jumaat, badan rasa tak sedap. Balik dari sembahyang jumaat kepala rasa pening2 la pulak. Then balik rumah telan panadol 2 biji selimut n tidoooo. Malam tu badan rasa segar sangat2 lepas telan panadol tu.
  • Kemudian hari Sabtu pagi bangun dari tido terus mandi dan siap2 pergi rumah orang kawin. Balik dari rumah orang kawin singgah rumah sedara tengok semua demam aje....kita yg sihat ni bukan main gembira sbb sihat walafiat. Sebelom balik tu boleh pulak pegi salam budak2 yang demam tu adoiiiiii silap besar.
  • Pada hari ahad pulak tak keluar kemana pon just duduk rumah jer......pada waktu malam badan dah terasa semacam dah mula batok2 (padahal batok2 dah lama dah rasa) teringat plak kisah H1N1...risau pulakk kang tak pegi check tak pasal2 dah takde kat dunia nie.....then sblom tido makan laa ubat dulu mana la tau kot2 bangun pagi esok dah sihat...
  • Bangun je pagi isnin tu badan teramat laaa lemah sehinggakan nak kepala ni terasa beratnya. Masa tu Tuhan je yg tau betapa teruknya badan panas waktu itu. Gagah kan diri seperti 'BADANG' untuk pergi ke Klinik Kesihatan Putrajaya. Budget time tu boleh laaa dapat nombor awal...sekali sampai2 amik nombor haaaa no 2296.....no sekarang baru 2012. Mak aiii jauh bebenor rasa nak balik terus pon ada rasa nak marah org klinik tu pon ada jugak tapi dlm keadaan begitu kita kena tabah, kuat kan semangat kita. Duduk kat klinik tu boleh dikatakan 1 hari laaa sampai kol 3:20 ptg. dah mcm pegi kelas laaa pulak rasanya. Then balik rumah makan ubat terus tido.....
  • Hari Selasa badan masih tak berpeluh2 sedangkan kipas tak bukak dah selubung abis satu badan pon masih tak berpeluh dgn batuk teruk lagi rasa dah tak tahan nak hidop dengan keadaan begitu. Masih gagah kan diri jugak makan roti sekeping untuk alas perut sebelom makan ubat. Tiap kali lepas makan ubat je terus tido sbb ubat batuk tu membuatkan kita cepat mengantuk.
  • Hari Rabu hari yang paling teruk.....badan sakit sangat2 sengal2 dah badan nie akibat tido tak bangun2 demam dah kurang skit tapi kepala pening2 sampai ada org yg datang melawat pon kata saya dah KURUS....hehehe
  • Hari Khamis alhamdulillah demam dah takde cuma batok yang amat teruk sekali. Setiap kali tarik nafas setiap kali tu jugak akan batok. Tuhan saja yang tahu apa penyakitnya dan mcm mana rasanya. Puas dok dalam bilik air nak buang segala kahak ni sampai muntah2 masih tak keluar2 jugak kahak nie. Sehingga org ramai menasihatkan saya supaya pergi check semula ke klinik kesihatan ataupun hospital.
  • Bak kata semester break kali ni penuh dengan kesakitan dan dugaan yang melanda kepada diri ini. Saya tak dapat nak fikirkan apa2 pasal assignment walaupun tau apa yg saya perlu buat pada cuti ini tetapi kesakitan yang tak dapat dielak telah membuatkan saya tertangguh segala kerja2 saya. Saya harap penyakit saya ni dapat sembuh sepenuhnya.

DOAkan saya supaya saya cepat sembuh dan sihat seperti biasa.

Terima Kasih.

1 comment:

  1. aeh?!!
    ni blog fyp ke blog peribadi??
    ke blog bawak baldi?
    atau bas mini?

    huarhuarhuarrrrr...
    henss, heennsss

    ReplyDelete